05 March, 2012

JANGAN dalam Islam



- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu


 membuka pintu Berkat.



- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki 


kita dikongsi syaitan.



-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia 


Makhluk yang paling Sempurna



- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut 


kita mati dalam perjalanan.



- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan 


mewarisi kepapaan.



- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi 


dosa.



- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-


bila masa.



- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau 


memang Kita bersalah.



- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita 


hilang bahagia.



- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita 


sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.



- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan


memurahkan rezeki Kita.



- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan 


menghilangkan kasih orang kepada Kita.



- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang 


teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan 


hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab 


semuanya untuk keselamatan Kita