Assalamualaikum..2012 sudah mula menapak teguh pada hari ini.Umur kita semakin meningkat namun adakah kita bersedia untuk menempuhi alam baru.?iaitu alam pernikahan..mengapakah kita pada zaman sekarang kerajaan terpaksa mewajibkan individu yang nak berkahwin perlu mengambil Khursus Perkahwinan??Pada masa yang sama kita patut bersyukur kepada pihak yang memberikan idea yang bernas ini untuk dilaksanakan. Sepintas lalu kepada insan yang ingin mendirikan rumah tangga cuba kita tanya pada diri kita apakah itu pernikahan? Dan apakah yang paling utama,rukun-rukun nikah tersebut..Bagaimana kita hendak mendirikan rumah tangga andai persediaan tidak dibuat...???
Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,
1. Pengantin lelaki
Pangantin
lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam
ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4
orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu
bukanlah mahramnya.
2. Pengantin perempuan
Pengantin
perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau
umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan
perempuan yang tertentu.
3. Akad (Ijab & Qabul)
Di
antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz
khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan
perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan
qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan
qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz
ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak
dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.
4. Wali
Syarat
bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan
seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada
dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.
5. Dua orang saksi
Syarat-syarat
bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka
bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak
pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab
dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.
No comments:
Post a Comment